Assalammualaikum dan salam 1 malaysia, bertemu kembali bersama penulis di ruangan ini. Penulis meminta maaf diatas kelewatan untuk bercerita dengan tajuk-tajuk yang menarik, sebenarnya sudah lama terbuku di minda penulis untuk meluah mahu menyelongkarkan perkara yang bersarang di minda penulis, cuma penulis punya waktu yang terhad untuk menulis di ruang ini, tambah pula penulis baru sahaja menjawab ujian-ujian peperiksaan, justeru alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. (Atas permintaan pembaca, penulis mulakan perenggannya..hehe)
Bercerita mengenai gerak kerja program ini, semuanya melakukan yang terbaik bagi setiap tugas mahupun tanggungjawab yang diberikan. Syabas!! diucapkan kepada semua ajk MPG (unit persembahan, protokol, keselamatan, promosi & multimedia, sambutan & pendaftaran, penajaan & perhubungan, hadiah & cenderahati serta pengangkutan) yang tidak putus-putus melakukan satu usaha yang menjanjikan outcome yang menarik. KECEMERLANGAN tidak datang bergolek tanpa usaha gigih, tidak datang melayang tanpa tekad dan azam yang kuat. Selari dengan ajaran Islam, Allah menegur manusia supaya berani membuat perubahan dalam semua aspek kehidupan. Sikap ini dapat memajukan prestasi dan mutu keinsanan seseorang. Justeru, kehidupan kita sentiasa menuntut perubahan ke arah menigkatkan mutu dan kualiti diri. Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada semua ajk MPG sekiranya ada salah silap sepanjang program ini berlangsung.
Inilah wajah-wajah keriangan ajk-ajk mpg yang telah berjaya melaksanakan tugas masing-masing walapun terdapat sedikit kelemahan daripada segi pengurusan, selama ini banyak yang beranggapan jika sesuatu program dihadiri ramai, ia adalah berjaya sedangkan kejayaan program tidak boleh dinilai semata-mata dari aspek kehadiran, kadang-kadang kita syok sendiri, kita buat program dan kita belanja berjuta-juta, tetapi akhirnya ia tidak mencapai matlamat, kita tidak dapat apa-apa daripada apa yang kita usahakan.
MPG 2010 ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Prof Dr Hamdani Saidi bagi mewakili ayahanda NC yang tidak dapat hadir pada malam tersebut. Set Menu pada malam tersebut ialah MUHIBBAH SET DOME. Antara makanan yang dihidangkan ialah steamed white rice, nasi minyak, rendang ayam sri selangor, sotong sumbat sos percik, ikan masak tiga rasa, fired butter prawn, mixed vegetable deluxe serta rojak buah, assorted seasonal fruits, pudding. Sayang sekali karna penulis hanya makan assorted seasonal fruits sahaja. Penulis mulai hairan kenapa tidak ada rasa ingin makan sedangkan dipelawa orang sekeliling. Berbalik kepada tugas penulis sebagai pengiring vvip, banyak kepentingan yang penulis perolehi sepanjang bertugas, antaranya dapat bersalaman dengan pegawai-pegawai universiti serta berkenalan dengan mereka. Ia menjadi titik tolak untuk kita dikenali dan juga mengenali seseorang yang bukan mudah untuk kita bertemu. Pengalaman yang paling tidak dilupakan ialah disalah anggap menjadi sebahagian daripada pihak hotel iaitu penyambut tetamu di depan pintu hotel, rasa geli hati pabila berdirinya penulis untuk menyambut tetamu, hadirnya pengunjung yang bertanyakan "kat mana ek swimming pool?"penulis mulai hairan mengenai tugas yang dipertanggungjawabkan kepada penulis. penulis mengatakan " ehem..kat mana ek?" mujurla kawan penulis memberitahu wanita tersebut kemana tempat tu berada.
Antara persembahan yang berjaya menarik hati penulis ialah persembahan "fit beat dancer" yang dikira sebagai persembahan unik. Kebiasaannya penulis jarang sekali melihat persembahan sebegini dilakukan disini. Apa yang menarik mengenai persembahan ini ialah kekreatifan dalam melakukan gerak geri tubuh. Tahniah! kepada koreografi karna melakukan seni tari yang dikira menarik dalam persembahan tersebut. Mereka ini mempunyai bakat dalam tarian, papepun penulis mengharapkan yang terbaik daripada kumpulan ini pada masa yang mendatang. Moga dapat ditingkatkan serta pelbagaikan lagi seni-seni tarian yang ada, anda boleh rujuk tarian daripada korean band seperti "super junior" dan 2pm.^_^. Cantiklah topeng kumpulan ni. Tahniah juga diucapkan persembahan yang lain seperti tarian 1 Malayisa, unplugged dan koir kerna telah berusaha gigih melakukan yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak. Terutama koir yang telah mempertandingkan 3 vokalis yang berbakat dalam bidang nyanyian, pada masa inilah mereka berpeluang menunjukkan bakat masing-masing..Tahniah! Tahniah! Tahniah!^_^
Pengakhiran kepada ruangan ini, penulis ingin meminta maaf kepada yang membaca ruangan ini sekiranya terdapat kasar bahasa serta kesalahan tatabahasa, mudah-mudahan kita sentiasa diberkati yang maha esa. Insyallah penulis akan bercerita di hari yang lain dengan tajuk yang menarik lagi, moga sentiasa mengikuti perkembangan penulis^_^..terima kasih semua;)
2 comments:
penah tulis artikel kt mane2 majalah ke? hoho..gaya penulisan mcm biasa tulis artikel kt majalah..:P
ishh..xdelah..xpenah pun tulis artikel kat majalah..kt ske wat karangan..byk lagi nk cite..nnti takut panjang sgt,org xnk baca..huhu..yang penting tulisan kena jaga,bak kata "bahasa jiwa bangsa"..kih3:D
Post a Comment