Counter Hits!!

Friday, February 26, 2010

Pengenalan Penulis

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia, terlebih dahulu penulis ingin meluahkan rasa teruja mahupun suka karna dapat membina laman blog ini atas permintaan rakan-rakan sekalian, moga kepada rakan-rakan dapat bersama-sama berkongsi pandangan, idea mahupun pendapat di dalam laman ini.

Sebelum kita berada lebih jauh lagi, ingin penulis memperkenalkan diri karna pengenalan diri merupakan kemampuan seseorang untuk melihat kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya sehingga dapat melakukan respon yang tepat terhadap tuntutan yang muncul dari dalam maupun dari luar.Jadi tidak salah rasanya jika penulis memperkenalkan dirinya dengan lebih dahulu agar ia membentuk satu cara untuk membentuk konsep diri penulis sendiri.

Penulis telah diberi nama Mohamad Shahril Bin Zaabar, penulis merupakan anak jati perak darul ridzuan iaitu di ipoh jaya, umur penulis baru sahaja mencecah 20 tahun dan telah pun menyambut tarikh kelahirannya pada 14 februari;) lepas. Penulis pada tika ini masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur dalam bidang kos Elektrik Perhubungan. Tahun ini merupakan tahun kedua penulis menuntut di UTMKL ini.


Bercerita mengenai perihal keluarga, penulis
mempunyai ibu yang bernama Noor Asyikin Bt Ghazali dan juga ayah, Zaabar Bin Sulaiman. Tidak lupa juga kepada adik beradik yang menjadi sebahagian kehidupan penulis pada hari ini, iaitu abang penulis yang bernama Muhammad Nizam Bt Zaabar dan juga seorang kakak yang bernama Nazirah Bt Zaabar.


Sesungguhnya membina kehidupan bahagia adalah kehidupan berkeluarga;). Terdetik di hati penulis untuk menyatakan rasa berterima kasih kepada rakan-rakan penulis yang tika ini masih lagi bersama-sama penulis dalam menempuh liku-liku kehidupan bersama. Ingin sekali penulis menghuraikan sejarah penulis ketika menuntut daripada penulis berumur setahun jagung sehinggalah 20 tahun jagung;).

Pada umur 5 dan 6 tahun, penulis menuntut di Tadika Kemas di ipoh perak. Pabila meningkatnya umur penulis kepada 7 tahun, penulis dihantar ke Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, disitulah detik2 perkembangan ilmu mahupun kematangan dalam diri penulis, berbagai dugaan mahupun cabaran yang penulis tempuh bak kata hendak pergi berotan, jangan takut onaknya.
Penulis mengerti pada tika itu penulis masih lagi mentah dan tidak mengerti sesuatu kejayaan adalah begitu penting dalam kehidupan penulis, sehinggalah penulis dihantar ke Sekolah Menengah Gunung Rapat dimana merupakan antara sekolah elit pada ketika dahulu.

Penulis menyambung pengajian daripada form 1 sehinggalah form 3, kehidupan penulis amatlah tidak sama seperti kehidupan penulis kini, kemungkinan proses kematangan masih lagi berlaku pada masa tersebut, kejayaan bukanlah segalanya, permainan dan gurauan bersama rakan menjadi asam garam penulis pada masa tersebut, akibat daripada kehidupan yang tidak menentu penulis, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diperolehi amatlah tidak memberangsangkan buat diri penulis dan keluarga penulis sendiri.

Apa yang difikirkan, semua kejayaan tidak mungkin
dikecapi tanpa kerja keras, penulis merasakan kita ini gopoh. kita inginkan kejayaan sekelip mata. Sedangkan kita lupa, kita dulu pun keluar dari perut ibu anda tidak terus boleh berjalan bukan? Itu fitrah manusia yang Allah jadikan terhadap kita semua. Belajar perlahan-lahan, step by step. Baring, mengereng, meniarap, menjulur, merangkak, berdiri, berjalan jatuh dan akhirnya stabil!.

Penulis merasakan perlu untuk kita sentiasa memotivasikan diri kita supaya kita sentiasa muhasabah terhadap apa yang kita lakukan selama ini. Tamat sahaja penulis berkhidmat di SMGR, penulis mula memikirkan adakah perlu untuk penulis beralih bidang, sama ada sains or kejuruteraan iaitu yang sentiasa menjadi persoalan pelajar yang selesai mendapat keputusan PMR.
Penulis ingin menyatakan bahawa kejayaan itu datang lahirnya dalam diri individu tersebut, jadi tidak hairan bagi penulis jika dicampakkan dalam mana-mana bidang sekalipun, penulis merasa mampu dengan bergalaskan usaha dan keyakinan yang tinggi. Penulis mula keliru?penulis merasa kebingungan?dimanakah hala tuju penulis? penulis ingin menyatakan minat mendalam penulis dalam pengiraan iaitu matematik tidak dapat disangkal dan menolak tepi subjek yang berkaitan fakta mahupun data seperti sejarah.

Tetapi itu tidak mematahkan semangat penulis untuk terus mengimbangi kedua perkara tersebut untuk mendapat keputusan yang terbaik, pabila satu ketika penulis teringat masa form 1, penulis diberikan satu list untuk menyatakan cita-cita anda, penulis menjawab pada jawapan yang pertama iaitu jurutera, diikuti polis dan terakhir iaitu bomba, naik sahaja form 2, jawapan yang pertama jurutera, diikuti pensyarah, dan terakhir iaitu polis.

Secara tidak langsung, jawapan penulis hampir kepada perkara tersebut, dan penulis pun telah menetapkan cita-citanya iaitu ingin menjadi seorang jurutera. Selesai sahaja pengajian di SMGR pada form 3, akhirnya penulis mengambil keputusan untuk memohon ke sekolah teknik untuk tujuan kearah cita-cita penulis iaitu menjadi seorang jurutera. Akhirnya sekolah yang berjaya dihuni oleh penulis ialah Sekolah Teknik Ipoh mahupun dikenali sebagai Sekolah Teknik Brash sempena nama jalan Brash yang berhampiran di sekolah tersebut.
Penulis meneruskan pengajiannya di SMTi selama 2 taun, pada tika ini, ilmu merupakan perkara yang utama bagi penulis walaupun digelar budak skema oleh rakan-rakan. Itu tidak mematahkan semangat penulis yang mahukan satu kejayaan berjaya dikecapi dan seterusnya membanggakan keluarga yang tidak putus-putus untuk memberi sokongan kepada penulis.

Sejenak berfikir, pengorbanan mereka haruslah kita lakarkan dengan kejayaan yang mampu mengukir senyuman mereka. Ia memperlihatkan bahawa kita ini memahami apa yang mereka mahukan, apa yang mereka impikan daripada apa yang telah dihasilkan oleh mereka.

Penulis ini bukanlah "insider" di sekolah tersebut, penulis hanya mampu berbaju hijau dan digelar "outsider" dalam kalangan rakan-rakan penulis. Kenapa penulis berbaju hijau? persoalan di minda rakan-rakan sekalian untuk menguji sejauh mana rakan-rakan mengikuti cerita ini;).

Penulis duduk di luar karna rumah penulis tidah jauh berba
tu-batu dengan di sekolah,hanya memerlukan 4km untuk sampai ke pintu depan sekolah tersebut, perjalanan penulis ke sekolah tiap-tiap hari hanya mengambil masa yang singkat iaitu selama 5 minit dengan menaiki motor kepunyaan ayah. Justeru, penulis tidak menghadapai kesukaran untuk berulang-alik ke sekolah.

Apa yang tertarik ketika pertama sekali menjejaki sekolah tersebut, dewan SMTi ini berada di atas bukit yang tidaklah terlalu tinggi, apa yang menarik perhatian penulis ialah moto sekolah ini iaitu " Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan ". Moto inilah yang disemat dalam diri penulis ketika itu dan penulis sememangya berazam untuk membawa kejayaan ke rumah.

Bercerita mengenai kisah penulis di SMTi, tiada apa yang menarik ketika ini jika dibandingkan kehidupan penulis kini yang berada di UTMIC, penulis tidak mengaktifkan diri dalam apa-apa jua kegiatan kepimpinan, mahupun sukan di sekolah tersebut, hidup penulis hanya tertumpu kepada pelajaran, dan penulis tidak putus-putus untuk berusaha meningkatkan prestasi pelajaran dari masa ke semasa.

Kisah penulis tidak menceburi bidang kepimpinan adalah disebabkan satu sejarah ini, pada form 4, untuk menjawat jawatan sebagai pengawas sekolah, guru kelas diberikan tanggungjawab untuk memilih siapa yang berkenaan, malangya guru kelas penulis tidak memilih penulis untuk menjawat jawatan tersebut, kemungkinan penulis pada tika itu adalah seorang yang pendiam walapun jiwa raga penulis berkobar-kobar untuk menjadi pemimpin.

Apa yang mampu dikatakan oleh penulis, tiada rezeki la namanya. Walaupun impian untuk menceburi bidang kepimpinan tidak tercapai, penulis mulai sedar hakikat untuk menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah seperti yang kita sangkakan. Melihat pada tindak tanduk diri itu penting sebelum menjejaki tugas sebagai seorang pemimpin.

Seperti sudah tidak sedar rasanya penulis berceloteh buat pertama kalinya di dalam blog ini.Moga tiada yang merasa bosan dan sulit dengan apa yang diluahkan penulis dalam blog ini. Penulis meneruskan penceritaannya semasa form 5 di SMTi. Tidak banyak yang mampu untuk bercerita semasa ini, penulis lebih tertumpu kepada pelajaran. Tiap kali ada kelas tambahan mahupun kelas dibuat oleh rakan-rakan, penulis mengagahkan diri untuk hadir yang kebiasaannya diadakan pada sebelah petang. Itu tidak melemahkan semangat penulis untuk terus mengejar apa yang diimpikannya.

Tiba pada satu ketika penulis berada hampir diambang peperiksaan yang besar bagi penulis iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang merupakan titik tolak mahupun hala tuju penulis seterusnya. Penulis mendapat keputusan yang agak m
emuaskan semasa ujian percubaan spm, dan penulis telah diberi ruang untuk berada dalam pelajar-pelajar elit pada masa tersebut.

Perbezaannya berbanding pelajar-pelajar yang lain ialah sekolah mengadakan kelas tambahan kepada pelajar-pelajar elit tersebut dan makanan juga disediakan serta tempat belajar selesa yang mempunyai penghawa dingin. Kelebihan yang diberikan tersebut menjadi sokongan untuk saya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM, penulis tidak mempersiakan peluang tersebut, dan penulis cuba mendekati pelajar-pelajar elit bertanyakan mengenai masalah-masalah dalam pe
lajaran beserta nota-nota tambahan yang diberikan oleh cikgu.

Usaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukanlah mudah, ia harus mempunyai azam yang kental dan tidak mudah berputus-asa. Menjelang sahaja peperiksaan SPM dimulakan, penulis menjawab dengan tenang setiap ujian yang dijalankan. Pengakhiran kepada cerita ini, penulis mendapat keputusan yang baik dan yang paling istimewa sekali ketika detik dipanggil ke atas dewan dan diberi sijil SPM.

Penulis terus mengorak langkah terus memberitahu
keluarga melalui handphone yang dimiliki. Kejayaan yang penulis pinta akhirnya berjaya mengukir senyuman ibu dan ayah yang sentiasa memberikan sokongan selama ini. Rasanya disini penulis ingin meminta maaf kepada yang membaca ruangan ini sekiranya terdapat kasar bahasa serta kesalahan tatabahasa, mudah-mudahan kita sentiasa diberkati yang maha esa. Insyallah penulis akan bercerita di hari yang lain dengan tajuk yang menarik lagi, moga sentiasa mengikuti perkembangan penulis^_^..terima kasih semua;)

3 comments:

::Nurul:: said...

pengenalan pannjang lebar giler..haha..bwat novel la kalo gtu...hehehe

.: Tuan Aril :. said...

hehe..panjang sangat ek..ntah la..ttiba rasa nak luah je pe yang penulis rasakan:)

.: Tuan Aril :. said...

janna..nanti ajar nk design blog..huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...