Counter Hits!!

Friday, March 26, 2010

100 Hari Najib Bersama Rakyat

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia, penulis muncul kembali bersama dengan anda yang masih setia menanti dalam ruangan ini. Jutaan terima kasih kepada anda yang masih menyokong perkembangan blog ini.^_^


Topik "Sempena 100 Hari YAB. Dato' Sri Mohd Najib Bersama Rakyat" menjadi tajuk utama dalam ruangan ini walaupun peristiwa ini berlangsung pada tahun yang lepas iaitu bertarikh keramat 11 Julai 2009. Penulis terlibat sebagai peserta melalui pengurusan UTMKL sendiri yang ditawarkan kementerian untuk menghantar sebilangan mahasiswa ke majlis tersebut.

Tanpa berlengah masa, tepat jam 9 pagi, rombongan mahasiswa UTMKL ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) telah bergerak dengan menaiki kenderaan bas UTM. Turut dijemput adalah semua kakitangan kerajaan,pelajar-pelajar sekolah dan juga universiti-universiti tempatan.

Permandangan di KLCC

Setibanya di perkarangan KLCC, kami dibawa masuk ke dalam dan duduk di tempat yang disediakan. Tempat duduk kami berada di kedudukan di atas depan kekanan, “view” tempat kami duduk agak menarik kerna berhadapan dengan paparan skrin gergasi, pandangan kami jelas melihat suasana dalam majlis.

Diiringi mainan musik tradisional sebelum memasuki dewan

Tempat duduk beserta templat yang disediakan

Hampir jam 10 pagi, suasana di kawasan KLCC pada masa itu kelihatan ramai orang mula bergerak masuk ke dewan. Susunan kerusi dalam dewan adalah sama taraf, tiada protokol. Siapa datang lewat, duduklah di atas lantai. Sebab itulah, ramai para menteri duduk atas lantai bersama kanak-kanak. Mungkin inilah dikatakan 1Malaysia, Rakyat diutamakan. Bermulanya majlis, kelihatan kelibat MC merupakan selebriti yang terkenal iaitu Ally Iskandar, Pengacara MHI berpasangan dengan Pang Chin Fei , Pembaca Berita.

Pang Chin Fei, Pembaca Berita TV3


Norjuma, pengacara NONA turut hadir memeriahkan majlis

Presiden Cuepacs

Acara bermula jam 10.45 pagi, ucapan PM dimulakan. Gimik yang pertama ialah teks ucapan PM tidak berada di rostrum, malahan ia berada di tangan anak-anak bangsa kononnya dicuri, justeru anak-anak ini yang berpakaikan tradisi menyerahkan secara rasminya kepada PM.

Anak-anak bangsa Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru. Selesai sahaja ucapan, gimik seterusnya ialah acara menanam pokok doa. Katanya, pokok ini daunnya menghala ke langit seperti tangan yang menadah doa. Pokok ini akan ditanam di Putrajaya.

Simbolik " 1 Malaysia"

Selesai sahaja majlis, keadaan riuh rendah apabila menteri-menteri mula bergerak ke dewan untuk menjamu selera. Anak-anak bangsa mula mengambil kesempatan dengan bermodalkan buku kecil 1 Malaysia, untuk mendapatkan tandatangan menteri-menteri. Kelihatan kelibat Dato’ Seri Hishammuddin, penulis terus meluru kearah beliau, dan berjaya merakam karenahnya melayan anak bangsa. Turut bersua muka dengan penulis ialah Dato’ Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis ^_^

PM mula beredar dari tempat majlis untuk menjamu selera

Penulis sempat bergambar dengan Ally Iskandar ( Best Memories)

Rakan-rakanku yang turut hadir pada majlis tersebut

Keadaan dalam dewan begitu sesak sekali dengan himpunan rakyat jelata. Keadaan tidak terlalu berprotokol, memudahkan rakyat mengambil kesempatan ini menjamu selera dengan menteri-menteri^_^

Minuman air sirap bandung yang disediakan

Keadaan meja makan sebelum dipenuhi dengan himpunan rakyat jelata

Makanan yang enak dijamu kepada rakyat Malaysia yang hadir

Apabila tamat sahaja sesi menjamu selera, keadaan dewan sudah mula stabil dengan kepulangan rakyat. Kami pulang dengan rasa berpuas hati kerna dapat melihat secara dekat pimpinan-pimpinan Malaysia. Mudah-mudahan pimpinan yang kita harapkan ini menjadi pemimpin yang berlaku adil terhadap rakyat^^. Jadikan konsep 1 Malaysia iaitu “rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan” selari dengan menghidupkan budaya kecemerlangan di kalangan rakyat.


Aku bangga menjadi anak Malaysia!!

" 1 Malaysia "

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...