Counter Hits!!

Friday, March 26, 2010

Antara Cinta & Kerjaya

Inilah persoalan yang kerap meniti diminda penulis

yang kerap terlintas dihati penulis


Kerjaya…

itu adalah tafsiran kepada impianku

itu jua adalah harapanku sejak dulu

satu harapan yang tidak kuimpikan seorang

satu harapan yang turut kukongsi dengan Umi tersayang…

harapannya yang tinggi

sokongannya yang tidak berbelah bahagi

menjadi satu inspirasi dan kekuatan untuk aku

tekad dan tabah mengejar sebuah kerjaya impian

demimu Umi tersayang

akan kuredah apa jua halangan

agar kerjaya yang jadi impian kita bersama

dapat Umi kecapi…

Kerjaya …

bukan sekadar inspirasi

sentiasa beri aku motivasi

yang penting sentiasa beri aku keyakinan diri

utk berbakti kepada ibu pertiwi

dalam diam…

kerjayaku hari ini

berikan aku keyakinan

bahawa aku mampu ke hadapan

setanding mereka yang hebat

yang pernah aku kagumi….


Cinta….

itu jua satu anugerah Allah yg berharga

ia tanda kasihku pada semua

terutama keluarga tercinta


Cinta…

bukan sekadar satu perasaan saja

kerana cinta tertunas sebuah pengorbanan

kerana cinta bercambah sucinya keikhlasan

kerana cinta menyuburkan ketulenan sebuah kesetiaan

dan kerana cinta jua aku redha dengan segala ketentuan


Antara cinta dan kerjaya padaku tak ubah seperti

antara nyawa dan harta antara hidup dan mati

persoalan yang cukup buat aku memilih hanya satu

Demi sebuah kesucian cinta anugerah Ar-Rahman

Aku korbankan sedikit peluang kerjayaku yang kian cerah

Agar aku dapat sentiasa disisi keluarga tercinta


Bersama-sama membentuk keluarga
yang dapat me
mberi manfaat kepada semua…

Kerana cinta jua buatku yakin

Cintanya akan terus buat aku bahagia

Akan buat Umi tersayang tetap gembira

Itulah kuasanya cinta

Meyakinkan aku atas satu ketetapan


Antara Cinta dan Kerjaya…

Aku rela berkorban kerana cinta….





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...