Counter Hits!!

Friday, March 26, 2010

Tentang Cita-Cita

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Ingin penulis berkongsi penceritaan seorang nenek demi mengejar cita-citanya ^^


Nenek ini hanya bekerja sebagai penjual kacang goreng. Yang menjadi menarik, nenek ini memiliki cita-cita iaitu ingin “NAIK HAJI”. Dilihat dari keje dan keadaanya saat itu tidak mungkin rasanya nenek ini boleh mewujudkan cita-citanya, bahkan anak & saudaranya ikut sangsi dan mengolok-olok cita-cita mulia sang nenek tadi.

Tapi nenek ini bukannya patah arang, malah dia sanga
t kukuh dalam memegang cita-citanya, baginya dia memiliki Tuhan Yang Maha Kaya dan cukuplah dia meminta kepada-Nya. Dan tidak cukup disitu kerna dia melakukan strategi yang cukup unik sebagai manifestasi besarnya keinginannya.

Setiap ada orang yang membeli kacangnya, sang nenek tidak lupa untuk minta didoakan supaya boleh
naik haji, dan ini dilakukan berulang-ulang setiap melayani pembelinya. Suatu hari ada orang kaya yang membeli kacangnya, seperti biasanya sang nenek tak lupa minta didoakan. Dan dari sinilah akhirnya sang nenek boleh mewujudkan impiannya kerna bertemu orang yang tepat yang boleh membantunya untuk naik haji. Allahu Akbar !!

Cerita di atas adalah contoh bagaimana cita-cita dibuat dengan penuh keyakinan dan akhirnya berbuah kemenangan. Bagaimana mungkin kita boleh berjaya kalau kita masih malu-malu menyebut & menuliskan cita-cita kita.

Menurut falsafah termahsyur, ”Allah itu menciptakan dua macam kejayaan, iaitu dicita-citanya dan dikenyataannya.” Jadi, kalau kita tidak memancangkan cita-cita maka jangan harap akan dapat kenyataannya.

Kejayaan milik setiap insan!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...