Counter Hits!!

Tuesday, April 6, 2010

Matlamat Hidup

Apakah matlamat anda ketika anda mengakhir peperiksaan SPM yang lalu?
Adakah ianya sudah tertunai? Jika belum.... tanya diri anda kenapa anda tidak dapat
menunaikannya.

Mari kita motivasi diri kita disini. Bayangkan.... jika suatu hari anda yang
mengalami kegagalan di dalam hidup, apakah yang anda rasa?

Jangan patah semangat dahulu.. baca apa yang ingin penulis tulis untuk anda.
Saya ingin ingatkan kepada anda.. setiap kegagalan ini bukanlah kerana anda kurang
pintar atau anda dilahirkan dalam keluarga yang miskin atau keadaan lahiriah yang
membuat anda begitu.

Anda menjadi gagal kerana dari hari anda dilahirkan sehingga
anda berada pada usia hari ini, anda masih hidup dalam dunia awang-awangan
mengharapkan seketul emas dan intan permata jatuh ke pangkuan anda.

Apakah maksud penulis? Ya.. kerana anda lebih banyak berangan-angan daripada
berusaha, omong kosong anda lebih tinggi daripada anda benar-benar
melaksanakannya.

Seperkara lagi, anda mengharap dan berharap tetapi anda mengabaikan suatu
nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.
Anda tahu apa nikmat yang penulis maksudkan?

"IA ADALAH HAK ANDA UNTUK MEMBUAT PILIHAN"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...