Counter Hits!!

Tuesday, May 11, 2010

Kongres Integriti Pimpinan Mahasiswa

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia,

Y.A.B Perdana Menteri sendiri telah memberikan penekanan dalam usaha pengukuhan dan pembudayaan integriti dan ia menjadi antara ciri utama gagasan 1 Malaysia. Antara fokus utama pelaksanaan agenda integriti nasional adalah terhadap golongan pelajar sebagai pewaris kepimpinan negara masa hadapan.

Justeru, Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengorak langkah mewujudkan Kongres Integriti Pemimpin Mahasiswa pada 11 Mei 2010. Kongres ini telah diadakan di PICC, Putrajaya dengan membawa konsep tema "1 Malaysia Berintegriti: Mahasiswa Melestari".

Hal yang demikian, HEP telah menjemput penulis serta rakan-rakan yang lain untuk hadir pada kongres tersebut sebagai mewakili mahasiswa UTMIC. Kami seramai 30 orang telah bertolak lebih kurang jam 7.30 pagi disebabkan kelewatan rakan-rakan ketika bersiap. Perjalanan berjalan dengan lancar dan selamat sampai di sana hampir jam 8.30 pagi.


TENTATIF PROGRAM

7.45-8.30 pg : Ketibaan peserta

8.45 pg : Taklimat Kongres oleh Urus Setia

9.00-9.50 pg : Sidang Plenari - Ceramah Khas "Memperkasa Integriti Mahasiswa - Isu &
Cabaran" oleh - Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Bin Ujang (Naib Canselor UTM)

10.00-11.00 pg : Sidang Plenari - Forum "Integriti Pemimpin Mahasiswa: Merealisasi
Harapan 1 Malaysia Berintegriti"

11.15 - 12.10 tgh hr : Bengkel Integriti

12.30 - 1.10 tgh hr : Pembentangan Resolusi Bengkel

1.10 - 2.15 ptg : Makan tengah hari & solat Zohor

2.15 - 4.00 ptg : Majlis Bersama Y.B. Menteri Pengajian Tinggi


MAKLUMAT MENGENAI BENGKEL INTEGRITI

BENGKEL 1 : Strategi Memperkasa Integriti Mahasiswa

BENGKEL 2 : Pembinaan Sahsiah & Budaya Kecemerlangan Dalam Kalangan Mahasiswa

BENGKEL 3 : 1Malaysia Berintegriti :Peranan Mahasiswa

BENGKEL 4 : Integrasi Nasional :Peranan Mahasiswa

Selesai sahaja taklimat Kongres, penulis ditempatkan di bengkel no "3" dan berada di dewan yang berasingan. Taklimat mengenai tajuk yang diberikan telah diterangkan secara langsung oleh urus setia. Selang beberapa minit, ucap resolusi mula dijalankan. penulis hanya menjadi pemerhati sahaja melihat gelagat rakan-rakan menunjukkan minat disamping keberaniaan dalam mengutarakan pendapat mahupun cadangan.

Kekreatifan minda dalam mengupas sesuatu perkara amatlah dititikberatkan dalam resolusi yang ingin dibentangkan. Tidak kurang juga ada yang lagaknya seperti pidato semata sebagai inisiatif menarik perhatian urus setia.

Pada jam 2.15 ptg, kami menyambut baik ketibaan tetamu jemputan ke majlis terutama ucap utama oleh Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. dan Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Sidek Haji Hassan, Pengerusi IIM. Pada ketika itu, penulis berkesempatan untuk bersalaman dengan tokoh-tokoh tersebut. Detik-detik penting iaitu Rakan Integriti Mahassiswa (RIM) telah dilancarkan dan juga penyerahan Resolusi Kongres oleh wakil mahasiswa.


Kami juga telah berikrar Integriti Malaysia supaya dapat memantap dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat, agama, bangsa dan negara kami. Majlis bersurai dengan penuh gilang gemilang dan sebelum menjejakkan kaki ke kediaman, kami telah diberi makan petang dan minuman. Hampir jam 6.30 ptg, kami selamat sampai di Kediaman Siswa Jaya. Terima kasih kepada HEP kerana menjemput kami di dalam program sebegini, ia telah memenuhi tuntutan kami sebagai badan pemimpin kolej.


Penulis ingin berkongsi berkenanaan RIM yang dilancarkan. Tujuan penubuhan RIM ialah untuk menjadikan RIM sebagai Integrity Champion dalam kalangan warga kampus. Selain itu, RIM mengalakkan penyertaan mahasiswa dalam program-program pemantapan integriti dan menjadi penggerak pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) dalam peringkat kampus secara terancang.

Harapan RIM ditubuhkan adalah dapat memberi impak besar terhadap gerakan pengukuhan integriti dalam kalangan warga mahasiswa. Usaha-usaha bersepadu dan terancang dapat mencapai aspirasi kerajaan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moralnya, baik budi pekertinya dan kuat pegangan agamanya seperti yang termaktub didalam cabaran keempat Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan dalam tempoh masa yang lebih cepat lagi.


Memetik ucapan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia

"Sememangnya, transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Ringkasnya, tanpa integriti maka segalanya tidak akan bermakna."

Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia

Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada JKM KSJ yang majoritinya hadir pada kongres ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat terutamanya IIM dan Jabatan Pengajian Tinggi yang menjadi penggerak utama Kongres Integriti Pemimpin Mahasiswa 2010 ini.

Mudah-mudahan kita dapat memahami akan tanggungjawab yang dijalankan sebagai pimpinan mahasiswa.

"1Malaysia Berintegriti: Mahasiswa Melestari"

Sekian, terima kasih.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...