Counter Hits!!

Friday, May 14, 2010

Berfikir Seperti Pemimpin

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia,


Wahai pembaca sekalian, kita ingatkan diri kita sekali lagi bahawa kita tidak mungkin ditarik ke kedudukan yang lebih tinggi, sebaliknya diangkat naik oleh orang lain yang berada di bawah dan sekeliling kita.

Kejayaan yang dipinta tidak mudah diperolehi sekiranya tiada kerjasama orang lain. Kerjasama ini tidak mngkin dicapai tanpa kemahiran memimpin. Adalah jelas, kenyataan dan sifat kepimpinan bagai aur dengan tebing.

Justeru, terdapat empat prinsip kepimpinan yang kita perlu pelajari supaya ia mampu mendorong orang lain bekerja dengan lebih gigih lagi untuk kita, iaitu :


Peraturan 1 : Selami fikiran orang yang ingin kita pengaruhi

Situasi : Ramai ahli politik yang gagal dalam pilihan raya semata-mata kerana tidak berjaya menyelami fikiran para pengundi mereka. Misalnya, seorang ahli politik dengan kelayakan yang sama dengan pencabarnya mengalami kekalahan dengan margin yang besar hanya kerana satu perkara. Dia menggunakan perkataan yang besar yang hanya difahami sebahagian kecil pengundi.

Sebaliknya pencabarnya berfikir mengikut gaya pemikiran para pengundi. Apabila dia bercakap dengan petani, dia bercakap menggunakan gaya petani. Apabila bercakap dengan pekerja kilang, dia menggunakan perkataan yang biasa digunakan pekerja kilang. Apabila bercakap di kaca televisyen pula, dia bercakap menggunakan bahasa yang biasa digunakan oleh orang biasa, dan bukannya bahasa cerdik pandai yang berbelit-belit.

Biar soalan ini berlegar dalam minda kita, "Apa pandangan saya mengenai perkara ini sekiranya saya adalah orang itu?" Dengan itu, kita mampu mengambil tindakan yang membawa ke arah kejayaan.


Tindakan memikirkan kehendak orang yang ingin kita pengaruhi adalah jalur pemikiran yang sesuai bagi semua situasi.

Manfaatkan kaedah ini :

  • Pertimbangkan keadaan orang itu. Selami fikirannya. Ingat, terdapat perbezaan dalam minat, pendapatan, kepintara, dan latar belakang kita.
  • Tanya kepada diri kita sendiri, "Sekiranya saya adalah dia, apakah reaksi saya terhadap perkara ini?"
  • Kemudian, bertindak berdasarkan jawapan itu.


Peraturan 2 : Fikirkan "Cara berperikemanusiaan bagi mengendalikan hal ini?"

Situasai : Bob kini sudah bergelar jutawan. Selain itu, beliau juga kaya dari aspek yang lain, iaitu dari segi kepuasan kerja dan jumlah rakan. Bob mempunyai banyak sikap yang cemerlang, antara sikapnya yang menonjol adalah sikap suka membantu orang lain. Bob seorang manusia dan beliau pakar dalam melayan orang lain secara kemanusiaan.

Cara Bob melakukannya cukup berkesan. Katanya, "Saya menjalankan perniagaan. Apabila ada sesuatu yang tidak kena, sudah tentu saya membaikinya. Tetapi apa yang lebih penting adalah cara saya membaikinya. Apabila ada pekerja yang melakukan kesalahan, saya berhati-hati menjaga perasaannya dan tidak melakukannya.

Empat langkah yang mudah:

  • "Mula-mula sekali, saya berbincang dengannya secara peribadi."
  • "Saya memuji hasil kerjanya yang baik."
  • "Saya menjelaskan mengenai kesilapannya dan membantunya membetulkan kesilapan itu."
  • "Saya memuji sifat-sifat baiknya."

"Formula empat langkah ini memang berkesan. Saya mendapati apabila saya menggunakan kaedah ini, pekerja yang ditegur mengucapkan terima kasih, kerana itu adalah cara mereka ingin ditegur. Apabila mereka keluar dari pejabat saya, mereka keluar dengan semangat baru dan yakin mereka bukan hanya sudah melakukan kerja yang baik, malah mampu meningkatkan lagi prestasi mereka.

Seumur hidup saya, saya sentiasa yakin dengan kebolehan orang lain. Semakin baik layanan saya pada mereka, maka semakin banyak perkara baik yang saya peroleh. Saya tidak pun merancangnya sebegitu rupa. Ia datang dengan sendirinya.

Berikut adalah dua cara menerapkan pendekatan "jiwa kemanusiaan" dalam gaya kepimpinan kita.

1. Setiap kali kita menghadapi masalah yang membabitkan manusia, tanya kepada diri kita sendiri, "Apakah cara berperikemanusiaan bagi mengendalikan hal ini?" Tanya soalan ini apabila berlaku perselisihan faham antara ank buah kita ataupun apabila ada pekerja yang meimbulkan masalah.Elakkan sindiran ataupun sikap sinis. Di samping itu, jangan sekali-kali memalukan orang lain dan menganggap mereka tidak setaraf dengan kita.

2. Biarkan tindakan kita membuktikan kita mementingkan hal ehwal orang lain. Tunjukkan kita berminat pada pencapaian kehidupan luar kerja anak buah kita. Selain itu, layan semua orang secara bermaruah. Ingatkan diri kita tiada gunanya hidup tanpa ketenangan. Secara umumnya, lebih mendalam minat yang kita tunjukkan pada orang, maka mereka pasti berusaha lebih gigih untuk kita. Usaha gigih orang seperti ini yang membantu kita mendaki gunung kejayaan.


Peraturan 3 : Tumpukan fikiran, yakin dan bertindak demi mencapai kemajuan

Orang yang suka mempertahankan status quo jauh lebih ramai daripada golongan yang progresif. Jadi, pastikan kita berada dalam kumpulan yang kedua.

Ada dua cara untuk kita membangunkan pandangan progresif :

  • Fokuskan pada penambahbaikan dalam segala yang kita lakukan.
  • Tumpukan perhatian pada standard yang tinggi dalam segala yang kita lakukan.

Sewaktu Perang Dunia Kedua, ketua angkatan tentera mendapati semangat yang tinggi tidak wujud dalam unit yang mana komandernya tidak tegas dan tidak mementingkan prestasi yang cemerlang. Unit yang berkesan dipimpin pegawai yang memiliki standard yang tinggi, dan menguatkuasakan peraturan ketenteraan dengan adil dan betul. Ringkasnya, askar tidak menghormati pegawai tinggi dengan standard yang rendah.

Setiap tahun, banyak syarikat yang lembab dan menuju kemuflisan dibangunkan semula dengan menggantikan pihak pengurusan atasannya. Syarikat, universiti, kelab, kesatuan sekerja, atau mana-mana organisasi sekalipun boleh dibina semula dengan menggunakan pendekatan atas ke bawah dan bukan sebaliknya. Apabila pemikiran pihak pengurusan tertinggi diubah, maka cara berfikir orang bawahan juga mampu diubah secara automatik.

Hakikat yang perlu kita sedar adalah apabila kita mengambil alih tampuk kepimpinan sesebuah kumpulan, ahli-ahli kumpulan itu mula menyesuaikan diri dengan standard yang kita tetapkan. Ini tampak jelas pada minggu-minggu pertama kehadiran kita. Mereka ingin tahu standard yang kita harapkan daripada mereka. Dengan itu, mereka memerhatikan segala yang kita lakukan.

Antara bisikan hati mereka adalah :

  • Berapa banyak fleksibiliti yang diberikan kepada kita?
  • Bagaimana cara dia bekerja?
  • Apakah yang dapat kita lakukan bagi memenuhi standardnya?
  • Apakah reaksinya apabila kita melakukan ini ataupun itu dan sebagainya.

Setelah mendapat jawapan bagi segala persoalan di atas, maka mereka menyesuaikan tindakan mereka berdasarkan jawapan itu.

Nilai diri kita sendiri dari segi contoh yang kita tonjolkan. Gunakan persoalan berikut sebagai panduan:

Apakah yang mungkin terjadi kepada dunia ini, sekiranya semua orang bertindak seperti saya?

Jadi, pastikan kita berfikir, bercakap, bertindak, dan menjalankan kehidupan kita sebagaimana kita ingin anak buah kita berfikir, bercakap, bertindak dan menjalankan kehidupan mereka. Usah menjadi seperti ketam menyuruh anak berjalan lurus.

Lama-kelamaan, orang bawahan menjadi replika bos mereka. Oleh itu, bagi menjana prestasi yang tinggi daripada anak buah kita, pastikan juga kita menyerlahkan prestasi yang tinggi. Ini adalah kepimpinan melalui tauladan.


Peraturan 4 : Luangkan masa berfikir sendirian dan bangunkan kekuatan mental yang mantap

Presiden Amerika Syarikat dahulu, Franklin D. Roosevelt dapat membangunkan kapasiti kepimpinan luar biasanya sekiranya dia tidak menghabiskan banyak masa seorang diri, yakni ketika sedang pulih akibat serangan penyakit polio?

Harry Truman menjadi pemimpin yang berjaya sekiranya dia tidak menghabiskan banyak masa sendirian , iaitu ketika membesar di ladang keluarganya di Missouri, Amerika Syarikat?

Hitler juga mungkin tidak mampu meraih kuasa kalau tidak menghabiskan tempoh berbulan-bulan di dalam penjara, ketika mana dia akhirnya berjaya menulis Mein Kampf, iaitu pelan penguasaan dunia dan lantas menarik perhatian rakyat Jerman.

Hakikatnya, orang yang berjaya pasti meluangkan masa bertafakur. Para pemimpin memanfaatkan masa ini bagi memikirkan mengenai masalah yang diahadapi, merangka penyeleseaian, membuat perancangan, dan menajamkan minda mereka.

Orang yang gagal manfaatkan pemikiran mereka tidak suka memikirkan perkara yang luar biasa. Dia terus membiarkan mindanya dalam kejumudan. Secara psikologi, dia adalah individu yang takut pada pemikirannya sendiri. Lama kelamaan, pemikirannya bertambah cetek. Ini menyebabkan dia banyak membuat kesilapan.

Mereka juga mendapati keputusan dan pemerhatian yang dibuat ketika bersendirian itu adalah 100% betul. Disaat kita berfikir, minda bawah sedar kita pasti mencungkil bank memori kita, yang kemudiannya membekalkan fikiran kepada minda sedar kita.

Ingat, tugas utama pemimpin adalah berfikir, dan persiapan yang penting bagi menjadi pemimpin juga adalah berfikir. Setiap hari, luangkan sedikit masa bertafakur dan biar tafakur membawa kita ke arena kejayaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...