Counter Hits!!

Saturday, September 11, 2010

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010!


Pada hari umat islam meyambut kegembiraan dan keseronokan, iaitu Hari Raya Aidilfitri Aidin Wal Faizin 2010, penulis ingin mengambil kesempatan memohon seribu kemaafan terutama kepada pengunjung blog ini. Maafkanlah jika ada sebarang kata-kata dan artikel di entri penulis yang menyinggung perasaan saudara saudari semua.

Segala kekhilafan semasa saya menulis di blog ini adalah datang dari saya sendiri yang baik semestinya dari Allah Taala. Berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.

Di hari raya yang mulia ini marilah kita mengambil kesempatan cium tangan ibu bapa (jika ada) , meminta maaf, halalkan makan dan minum, terkasar bahasa dan sebagainya .Selagi orang tua kita masih ada, peluk dan ciumlah pipi mereka. Jika tidak dapat balik ke kampung kerana sebab-sebab tertentu janganlah lupa telefon mereka pada hari raya pertama.

Juga memaafkan sebarang kesalahan orang lain kepada kita disamping kita juga memohon ampun kepada mereka. Jadikan hari raya yang mulia ini adalah hari merapatkan tali siratulrahim dengan sahabat handai dan saudara mara. Berkunjung-mengunjung sesamalah kita.

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS daripada PENULIS..


Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,

Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin..^_^


Ditujukan khas kepada :
• rakan-rakan Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam (SKSR)
• rakan-rakan Sekolah Menengah Gunung Rapat (SMGR) Batch'06
• rakan-rakan Sekolah Menengah Teknik Ipoh (SMTI) Batch'08
• rakan-rakan Taman Perumahan Ipoh Jaya
• rakan-rakan Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa Kediaman Siswa Jaya (JKMKSJ) UTMIC
• rakan-rakan Kos Elektrik perhubungan (DDP) UTMIC
• rakan-rakan Persatuan UTMIC (JURUTEK, PMH, PMB, PMI, PEMKA, MESA, TAEK, CEKAK, IK, QS BINA, COMSTAR, GEO, GAYUNG, PEHARTA, KKDK, KSS, SQUAD PHOTO, RIC, SMART)
• rakan-rakan warga Universiti Teknologi Malaysia (UTMIC)

1 comments:

safirah ahsanuddin said...

selamat hari raya jugak..hehe~!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...