Counter Hits!!

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

Syeikh Ahmad Deedat, A Muslim Apologist

The world renowned Muslim Scholar of Comparative Religion, was born in the Surat district of India in 1918. Ahmed Hoosen Deedat had no recollection of his father until 1926. His father, a tailor by profession, had emigrated to South Africa shortly after the birth of Ahmed Deedat.

With no formal education and fighting off the extreme pangs of poverty, he went to South Africa in 1927 to be with his father. His farewell to his mother in India in 1927 was the last time he saw her alive for she passed away a few months later.

In a foreign land, a boy of nine with no formal schooling and command of the English language began preparing for the role he was to play decades later without realizing it.

Applying himself with diligence to his studies, the little boy not only was able to overcome the language barrier but also excelled in school. His avid passion for reading helped him gain promotions until he completed standard six. Lack of finance interrupted his schooling and at the early age of about sixteen he took on the first of many jobs in retailing.

The most significant of these was in 1936 where he worked at a Muslim owned store near a Christian seminary on the Natal South Coast. The incessant insults of the trainee missionaries hurled against Islam during their brief visits to the store infused a stubborn flame of desire within the young man to counteract their false propaganda.

As fate would have it, Ahmed Deedat discovered by pure chance a book entitled Izharul-Haq, meaning, 'The Truth Revealed'. This book recorded the techniques and enormous success of the efforts of Muslims in India in turning the tables against Christian missionary harassment during the British subjugation and rule of India. In particular, the idea of holding debates had a profound effect on Ahmed Deedat.

Armed with this newly found zeal, Ahmed Deedat purchased his first Bible and began holding debates and discussions with the trainee missionaries. When they beat a hasty retreat in the face of his incisive counter arguments, he personally called on their teachers and even priests in the surrounding areas.

These successes spurred Ahmed Deedat in the direction of Da'wah. Not even his marriage, birth of children and a three-year sojourn to Pakistan after its independence dampened his enthusiasm or dulled his desire to defend Islam from the deceitful distortions of the Christian missionaries.

With missionary zeal to project the Truth and beauty of Islam. Ahmed Deedat immersed himself into a host of activities over the next three decades. He conducted classes on Bible studies and gave numerous lectures. He established the As-Salaam, an institute to train propagators of Islam. He, together with his family, almost single-handedly erected the buildings including the masjid, which is still a landmark today.

He was a founder member of the Islamic Propagation Centre International (IPCI), Durban, and became its President. He has authored and published several books and distributed millions of copies free of charge. He has delivered thousands of lectures all over the world and successfully engaged prominent Christian Evangelists in public debates. Several thousand people have come into the fold of Islam as a result of these efforts.

In a fitting tribute to this monumental achievement, he was awarded the King Faisal International Award in 1986, a prestigious recognition of enormous value in the world of Islam. However, no number of awards and honors can truly capture Sheikh Ahmed Deedat's essence and zeal for Islam.


Teruskan membaca...^_^

Tuesday, April 20, 2010

Boleh Percayakah Taubat Penzina?


Cuba kita mengambil pengajaran dari kisah ini. Nabi SAW pernah membahagikan perolehan harta kepada mereka yang berhak, tiba-tiba berkata seorang lelaki dari satu kaum bahawa mereka lebih berhak menerima lebih banyak dari kaum yang satu lagi. Kemudian, diterangkan selanjutnya :

Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :

"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),

Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."

Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata

"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :

Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".

Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"

Baginda membalas :-

Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-

Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )

Demikian juga dari apa yang dikatakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab :

Ertinya : Dahulu diambil ketetapan hukum dari wahyu iaitu di waktu zaman hidupnya Baginda SAW, dana apabila wahyu sudah putus ( dengan wafatnya Nabi) , sesungguhnya kami hanya akan menilai dan mengambil dari apa yang terzahir kepada kami dari perbuatan kamu ( dalam hal kehakiman sebagai contoh ) ( Talkhis al-Khabir, Ibn Hajar, 4/192 )

Demikian juga hadis berikut :-

Ertinya : Nabi mengutuskan kami ke Huraqah, dan berperang dengan satu kaum lalu kami menyerang mereka di waktu Subuh dan menewaskan mereka, sehinggalah aku dan seorang lelaki dari Ansar mengejar seorang perajurit (musuh), tatkala kami merapatinya, tiba-tiba dia mengucap La Ilaha Illa Allah, dengan segera lelaki Ansar itu menarik senjatanya dan aku pula terus menikam lelaki itu dengan panahku sehingga membunuhnya. Apabila kami pulang dan menyampaikannya kepada Nabi,

lalu Nabi bertanya : "Adakah kamu membunuhnya selepas ia mengucap? "

Aku menjawab : Kerana dia hanya hendak melindungi dirinya dari kami"

Rasulullah sentiasa mengulang-ngulang pertanyaan (menunjukkan salahnya tindakan membunuh itu) itu sehingga aku merasa aku belum masuk islam hari itu" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4021, 4/1555)

Hadis di atas menunjukkan kepada kita untuk tidak mempersoalkan keikhlasan dan hati seseorang. Cukuplah berhukum berdasarkan zahir mereka.

Kesimpulannya, lebih baik kita mempersoalkan keikhlasan kita dalam amalan-amalan kita. Kita doakan mereka yang bertaubat dikurniakan dengan kesedaran yang sebenar. Tidak perlu jugalah menakutkan mereka dengan zina sepanjang hayat dan berterusan dalam zina dan dosa, kernaa ia tidak akan boleh mengundur lagi, satu-satunya peluang mereka adalah taubat. Berikanlah mereka peluang dan Allah SWT adalah maha pengampun jika mereka benar-benar ingin bertaubat.


Teruskan membaca...^_^

Saturday, April 10, 2010

Seloka Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.



Teruskan membaca...^_^

Saturday, April 3, 2010

Rasulullah & Buah Limau

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para Sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan: "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
^_^


Teruskan membaca...^_^

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,


Teruskan membaca...^_^

Surat Dari Iblis

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar-benar mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton filem 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana-rencana hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMA KASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar-benar menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.


Teruskan membaca...^_^

Does God Exist?

Adakah anda percaya terdapatnya suatu kuasa hebat dalam alam semesta ini? wujudkah corak dan turutan dalam alam ini? Dari mana corak dan turutan alam ini datang? Mari kita lihat pada mata manusia yang kompleks.

Mata Manusia
terdapat 266 ciri-ciri dapat dikesan pada mata..
struktur paling kaya dengan data pada badan manusia
Jauh lebih spesifik dari cap jari

hanya 1 dalam 1000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
(10 kuasa 75) terdapat 2 orang yang sama iris mata.

Dalam mata manusia terdapat 2 komponen utama
rods dan cones.

rods penting untuk penglihatan waktu malam dan pada keadaan gelap.

cons pula untuk membolehkan mata mengenal dan membezakan warna

Jumlah kedua-dua komponen ini adalah

120 juta rods dan 7 juta cones.

setiap satu mata mempunyai 1 juta saraf fiber yang berhubung dengan otak

Lensa digital hari ini memang amat dikagumi tetapi ia tetap tidak boleh dibandingkan dengan tahap mata manusia bekerja

untuk memproses satu putaran lengkap data, satu sel mata hanya memerlukan 10 mili saat manakala cray supercomputer (antara processor terlaju didunia) memerlukan
beberapa minit untuk memproses jumlah data yang sama

disebabkan terdapatnya 10 milion sel mata berinteraksi secara kompleks dalam sesuatu masa..
sekurang-kurangnya 100 tahun diperlukan untuk cray supercomputer memproses jumlah data yang sama banyak dengan apa yang mata anda proses untuk satu saat..


Picture Of Cray Supercomputer

Hebat bukan..

Does God Exist?


"Didalam penciptaan langit dan bumi , serta berganti silihnya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir. iaitu mereka yang mengingati tuhannya ketika berdiri, duduk mahupun berbaring dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi sambil berkata, wahai tuhan kami. Tidaklah sia-sia benda-benda yang kau jadikan ini. Maha Suci Engkau, Peliharalah kami dari Azab Neraka."
-Surah Ali Imran (190-191)


Teruskan membaca...^_^

Friday, April 2, 2010

Allah Sayangkan Kita? Apa Buktinya?

" cilak** , aku fail exam ni fiz.. Tak guna!" kata sorang kawanku yang datang pada aku mengadu

" sabaq la bil, Ada hikmah tu.. Kegagalan adalah tarbiyah dari Allah" pujuk aku

" semua orang serupa .. hikmah.. hikmah.. hikmah.. Takde mende lain ke nak cakap?
aku tak taw la .. setiap kali aku mintak aku tak dapat.. puas aku doa tak dapat.. Ko rasa allah sayang aku tak? ko rasa allah tu sayangkan hambanya ke?
Kalau sayang sanggup ke dia tengok aku fail macam ni?. Kalau sayang sanggup ke dia tengok orang merempat kemiskinan? Sanggup ke? " ungkap nabil dengan penuh emosi.

Aku tersenyum..

"Kau tak sedar lagi ni nabil" getus hati aku.

Insan

Kau tak pernah puas

Kau tak pernah cukup

Sayugia, dirimu tuhan jadikan lengkap

Sedangkan ibu teramat sayang akan anaknya

inikan pula pencipta sayang akan hambanya

Mari kita berfikir..

Aku meninggalkan solat,aku mengumpat, aku buat kemungkaran, aku mencuri, aku merompak membunuh, tapi mengapa allah masih memberi oksigen kat aku..
bagi lagi rezeki kat aku? bagi lagi anggota badan? Allah tak tarik pun? walaupun aku tak ikut arahan dia

Maha Suci Allah..
Betapa sayangkan hambanya..

katakan, kita adalah pemilik dan tuan kepada sebuah kereta,jika kereta itu tiba2 breakdown, rosak dan kita mencuba banyak kali hidupkan tetapi kereta itu tidak ikut arahan.
Apakah tindakan kita? Kita sepak kereta tu, maki hamun dan hentak body kereta itu.. silap2 kereta itu dihantar ke kilang besi buruk.. itu baru satu kereta ..

Bayangkan Allah...

Allah lagi banyak hambanya.. Lagi banyak menjadi 'tuan' kepada benda2 didunia dan langit.. Apabila hambanya tidak mengikut arahan, enggan mematuhinya .. adakah allah terus menghancurkan kita dengan batu besar?
Adakah allah terus menghentak kita?
adakah allah terus tarik oksigen dan keperluan hamba2nya?

tidak.. Allah masih memberi hamba2 nya makanan rezeki dan kekayaan.. Malahan udara yang kita hirup setiap kali

Bayangkan jika
Allah bersifat seperti kita dengan kereta tadi.. Apakah kita masih lagi bernafas? Apakah kita masih lagi dapat rezeki dan makanan?

Maha Suci Allah, sayangkan hambanya..

Allah masih beri kita ruang untuk perbaiki diri..
tidaklah menjadi masalah bagi Allah untuk menghancurkan kesemua manusia dan makhluk2 lain

Jikalau Setiap makhluk dilangit dan dibumi kesemuanya mengingkari allah pun, Tidaklah Jatuh walaupun sedikit keAgungan dan Kekuasaan Allah

Jikalau Setiap makhluk dilangit dan dibumi kesemuanya mentaati allah pun, tidaklah mengubah walaupun sedikit keagungan dan kekuasaan Allah..

Penyanyangnya mu ya Allah..

Kita sering mengadu, menyalahkan Allah..
Sedarkah kita Allah itulah yang menyayangi kita setiap masa.
Sentiasa memaafkan kita jika kita bertaubat..

Untunglah engkau Umat Muhammad..
Jika kita lihat Hebatnya kasih sayangkan Seorang ibu pada anaknya sampai sanggup mengorban nyawa,,

apatah lagi Allah.. Peneman kita setiap masa.. Pencipta kita setiap ketika.

Aku berjalan ditepi kedai mamak.. Seorang india membuat roti canai.. Tiba2 roti canai yang ditebar tak jadi..
dia lantas membuang terus ke tong sampah..
Terfikir aku betapa sayangnya pencipta kita kat kita..
aku tersenyum..
Allah Sayangkan Kita..


Teruskan membaca...^_^

Air Mata Rasulullah

Air mata Rasulullah r11; detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sajaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, r0; Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.r1; Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. r0;Rasullullah akan meninggalkan kita semua,r1; keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. r0;Bolehkah saya masuk?r1; tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, r0;Maafkanlah, ayahku sedang demam.r1; Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, r0;Siapakan itu wahai anakku?r1; r0;Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.r1; Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. r0;Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.r1; Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

r0;Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?r1; Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. r0; Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.r1; Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. r0;Engkau tidak senang mendengar khabar ini?r1;tanya Jinril lagi. r0;Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?r1; r0;Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: r0;kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,r1; kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. r0;Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.r1; Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. r0;Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril?r1; Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. r0; Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,r1; kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. r0;Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.r1; Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. r0; Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukur1;- r0;
Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.r1;

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. r0;Ummatii, ummatii, ummatiir1;- r0;Umatku, umatku, umatku;. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi r16;ala Muhammad wa baarik wa salim r16;alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirinkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belakar30;.


Teruskan membaca...^_^

Lawak Menurut Islam

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman ” Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.”
(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata ” Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا

Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.
(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له

Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.
(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: ” Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… ” ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Maksudnya: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.
Aisyah ra berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا

Maksudnya: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”
(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

Maksudnya: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”
(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا

Maksudnya : ” Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2.”
(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق

Maksudnya: “Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebas


Teruskan membaca...^_^

Monday, March 29, 2010

If I Fall In Love..

Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu... ..

Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu... .

Ya Allah ,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah ,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu... .

Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi
hanya kepadaMu... .

... Amin Ya Rabbal 'Aalamiin...


Teruskan membaca...^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...