Counter Hits!!

Showing posts with label Kenangan Program. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Program. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

Kongres Integriti Pimpinan Mahasiswa

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia,

Y.A.B Perdana Menteri sendiri telah memberikan penekanan dalam usaha pengukuhan dan pembudayaan integriti dan ia menjadi antara ciri utama gagasan 1 Malaysia. Antara fokus utama pelaksanaan agenda integriti nasional adalah terhadap golongan pelajar sebagai pewaris kepimpinan negara masa hadapan.

Justeru, Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengorak langkah mewujudkan Kongres Integriti Pemimpin Mahasiswa pada 11 Mei 2010. Kongres ini telah diadakan di PICC, Putrajaya dengan membawa konsep tema "1 Malaysia Berintegriti: Mahasiswa Melestari".

Hal yang demikian, HEP telah menjemput penulis serta rakan-rakan yang lain untuk hadir pada kongres tersebut sebagai mewakili mahasiswa UTMIC. Kami seramai 30 orang telah bertolak lebih kurang jam 7.30 pagi disebabkan kelewatan rakan-rakan ketika bersiap. Perjalanan berjalan dengan lancar dan selamat sampai di sana hampir jam 8.30 pagi.


TENTATIF PROGRAM

7.45-8.30 pg : Ketibaan peserta

8.45 pg : Taklimat Kongres oleh Urus Setia

9.00-9.50 pg : Sidang Plenari - Ceramah Khas "Memperkasa Integriti Mahasiswa - Isu &
Cabaran" oleh - Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Bin Ujang (Naib Canselor UTM)

10.00-11.00 pg : Sidang Plenari - Forum "Integriti Pemimpin Mahasiswa: Merealisasi
Harapan 1 Malaysia Berintegriti"

11.15 - 12.10 tgh hr : Bengkel Integriti

12.30 - 1.10 tgh hr : Pembentangan Resolusi Bengkel

1.10 - 2.15 ptg : Makan tengah hari & solat Zohor

2.15 - 4.00 ptg : Majlis Bersama Y.B. Menteri Pengajian Tinggi


MAKLUMAT MENGENAI BENGKEL INTEGRITI

BENGKEL 1 : Strategi Memperkasa Integriti Mahasiswa

BENGKEL 2 : Pembinaan Sahsiah & Budaya Kecemerlangan Dalam Kalangan Mahasiswa

BENGKEL 3 : 1Malaysia Berintegriti :Peranan Mahasiswa

BENGKEL 4 : Integrasi Nasional :Peranan Mahasiswa

Selesai sahaja taklimat Kongres, penulis ditempatkan di bengkel no "3" dan berada di dewan yang berasingan. Taklimat mengenai tajuk yang diberikan telah diterangkan secara langsung oleh urus setia. Selang beberapa minit, ucap resolusi mula dijalankan. penulis hanya menjadi pemerhati sahaja melihat gelagat rakan-rakan menunjukkan minat disamping keberaniaan dalam mengutarakan pendapat mahupun cadangan.

Kekreatifan minda dalam mengupas sesuatu perkara amatlah dititikberatkan dalam resolusi yang ingin dibentangkan. Tidak kurang juga ada yang lagaknya seperti pidato semata sebagai inisiatif menarik perhatian urus setia.

Pada jam 2.15 ptg, kami menyambut baik ketibaan tetamu jemputan ke majlis terutama ucap utama oleh Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. dan Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Sidek Haji Hassan, Pengerusi IIM. Pada ketika itu, penulis berkesempatan untuk bersalaman dengan tokoh-tokoh tersebut. Detik-detik penting iaitu Rakan Integriti Mahassiswa (RIM) telah dilancarkan dan juga penyerahan Resolusi Kongres oleh wakil mahasiswa.


Kami juga telah berikrar Integriti Malaysia supaya dapat memantap dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat, agama, bangsa dan negara kami. Majlis bersurai dengan penuh gilang gemilang dan sebelum menjejakkan kaki ke kediaman, kami telah diberi makan petang dan minuman. Hampir jam 6.30 ptg, kami selamat sampai di Kediaman Siswa Jaya. Terima kasih kepada HEP kerana menjemput kami di dalam program sebegini, ia telah memenuhi tuntutan kami sebagai badan pemimpin kolej.


Penulis ingin berkongsi berkenanaan RIM yang dilancarkan. Tujuan penubuhan RIM ialah untuk menjadikan RIM sebagai Integrity Champion dalam kalangan warga kampus. Selain itu, RIM mengalakkan penyertaan mahasiswa dalam program-program pemantapan integriti dan menjadi penggerak pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) dalam peringkat kampus secara terancang.

Harapan RIM ditubuhkan adalah dapat memberi impak besar terhadap gerakan pengukuhan integriti dalam kalangan warga mahasiswa. Usaha-usaha bersepadu dan terancang dapat mencapai aspirasi kerajaan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moralnya, baik budi pekertinya dan kuat pegangan agamanya seperti yang termaktub didalam cabaran keempat Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan dalam tempoh masa yang lebih cepat lagi.


Memetik ucapan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia

"Sememangnya, transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Ringkasnya, tanpa integriti maka segalanya tidak akan bermakna."

Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia

Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada JKM KSJ yang majoritinya hadir pada kongres ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat terutamanya IIM dan Jabatan Pengajian Tinggi yang menjadi penggerak utama Kongres Integriti Pemimpin Mahasiswa 2010 ini.

Mudah-mudahan kita dapat memahami akan tanggungjawab yang dijalankan sebagai pimpinan mahasiswa.

"1Malaysia Berintegriti: Mahasiswa Melestari"

Sekian, terima kasih.



Teruskan membaca...^_^

Tuesday, May 4, 2010

TEMMASYA'10 Bakal Menggemparkan Kediaman Siswa Jaya!


Gagasan 1Malaysia yang diseru Perdana Menteri Malaysia telah menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya perpaduan dalam menjadi sebuah negara maju yang disegani dunia.

Sehubungan dengan seruan itu, Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa Kediaman Siswa Jaya (JKMKSJ) telah merancang untuk mengadakan satu aktiviti yang melibatkan hampir semua mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) International Campus Kuala Lumpur iaitu
Pesta Hari Terbuka Kediaman Siswa Jaya (TEMMASYA’10) bersempena "Terjalin Erat Mahasiswa & Masyarakat". Pesta ini akan berlangsung selama tiga hari iaitu dari 6 hingga 8 Ogos 2010.

Selain untuk mengeratkan kerjasama antara pelajar baharu dan pelajar-pelajar tahun dua dan tiga, program ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan yang telah lama terjalin dalam kalangan mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur yang tinggal di Kediaman Siswa Jaya dan penduduk sekitar.



Aktiviti-Aktiviti yang akan dijalankan :
  • Simple Game
  • Sukan Rakyat
  • Wayang Pacak
  • Temmasya Kids
  • Pertunjukan Api
  • Kempen Derma Darah
  • Wayang Kulit
  • Abseiling
  • Drum Circle
  • Amazon Shortcut
  • Paintball
  • Kuda Tunggang
  • Pameran & Karikatur
  • Grooming
  • Multimedia Game
  • Forum "Dimanakah Silap KITA?"
  • Sukan Moden
  • Explorace
  • Gerai & Jualan
  • Legasi Kemerdekaan
  • Human "Dam Haji"
  • Pameran Motor
  • Kiosk Gambar
Penulis telah terlibat secara langsung dalam Temmasya'10 ini selaku Timb. Pengarah 2, dan kepada yang berminat untuk menjadi ajk pelaksana bolehlah rujuk kepada pihak penulis sendiri. Kerjasama daripada kalian amat kami hargai dan segala yang dirancangkan ini adalah untuk kejayaan kita bersama.


Pihak publisiti telah pun mereka Baju T-Shirt yang berkonsepkan tema Temmasya'10. Baju ini direka khas untuk krew-krew Temmasya'10. Semoga dengan baju ini kita dapat menggamit memori terindah sepanjang program ini berlangsung..
(Padat & Penuh Emosi!!!)


* T-Shirt Krew

* T-Shirt Krew 1

* T-Shirt Krew 2

Ingatlah rakan-rakan seperjuangan sekalian, pengalaman memungkinkan seseorang menjadi tahu dan hasil tahu ini kemudian disebut pengetahuan. Cabarlah hidup seharian kita dengan menimba ilmu pengetahuan yang berguna pada masa kelak.

"Kita tidak dapat mengubah di mana tempat kita bermula, tetapi kita boleh ubah arah tempat yang kita tuju. Ia tiada kaitan dengan apa yang kita mahu buat, tetapi apa yang kita lakukan sekaranglah yang penting." ^_^

Semoga gerak kerja yang dirancang, berjalan dengan baik serta berada di dalam keberkatan yang maha esa. Mudah-mudahan kita sentiasa positif dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kejayaan tidak akan datang bergolek sekiranya tiada kerjasama daripada semua pihak. Sama-sama kita membantu dan memperoleh kebaikan bersama.
Aminn.. Salam Ukhuwah..



Teruskan membaca...^_^

Sunday, April 25, 2010

JKM : Kenangan & Surat Kepada Senior

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia, bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya diri ini masih lagi gagah menulis untuk tatapan pembaca sekalian. Kenangan sepanjang penglibatan di dalam JKM akan penulis coretkan pada lembaran ini supaya kita sama-sama dapat menikmati kenangan kita bersama sepanjang bergelar ahli JKM.

Kenangan..
biarpun manis dan segar dalam ingatan..
tak terjangkau oleh pandangan..
ingin diulangi, tiada lagi teman-teman..

Kenangan..
tetap kenangan..
yang berlalu akan terus berlalu..
untuk dikecapi kembali adalah mustahil..

Rasa sayu, rasa sedih, rasa rindu, rasa duka sentiasa bermain di fikiran yang menggambarkan kenangan itu perlu ada dalam hidup manusia. Kenangan adalah memori penting yang kita sendiri belum tentu dapat mengulanginya.

bak kata Imam Al- Ghazali " perkara yang jauh ialah masa lampau" makin dikejar makin kencang ia berlari untuk dimiliki sekali lagi..hanya satu mimpi di dunia realiti..

Kenangan penulis dan rakan-rakan seperjuangan JKM tidak mudah untuk dilupakan terutama senior-senior yang telah pun menamatkan pengajian mereka di UTMKL, bermacam kenangan yang kita bina bersama, sekalung penghargaan buat mereka yang telah banyak menyumbang jasa & bakti sepanjang berkhidmat sebagai JKM.

Dikesempatan ini penulis ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang bersama dengan kalian semua, diharapkan segala ilmu, makan & minum, keringat yang diberi mohon dihalalkan. Rindu kat akak dan abang-abang semua..sob3..^_O

Salahkan jika ibu dodoikan
Tidurkan anak di atas pangkuan
Salah dan silap hamba lakukan
ampun maaf hamba pohonkan

Pelbagai program yang dilaksanakan menjadi titik tolak hubungan keakraban kami sepanjang berada dalam JKM ini. Antaranya Sports Day, Malam Jalinan Kemesraan, Tangisan Palestin, Mahabbah dan lain-lain lagi. Perkara pokok yang tidak dapat dilupakan apabila kita bersama membuat gerak kerja hari terbuka kolej, disitulah kita bina kenangan yang sukar untuk dilupakan.

Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kak min, kak mija, kak ami, kak mas, kak ain, kak husni, kak aimi, kak nini, kak atirah, abg fit, abg apiz, abg azri marzin, abg azri safwan, abg helmi dan lain-lain yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada diri ini supaya mengenal erti kehidupan yang sebenar, diri ini bertambah yakin untuk bergerak ke hadapan selangkah demi selangkah untuk menjadi manusia yang berguna. Insyallah segala ilmu yang diturunkan akan dikongsi dengan adik-adik yang lain. Adik doakan kalian dipermudahkan urusan di luar nanti.

Mereka inilah yang mengajar diri ini supaya kuat menghadapi dugaan, dan sentiasa memberikan sokongan padu yang tak putus-putus kepadaku.


Surat Kepada Kak Min : k.min seorg yg tabah dalam mmbuat keje, ramai org "respect" cara pengurusan k.min menguruskan ktorg..walapun nampak garang, tapi ati mcm seorg ibu yg syangkan anaknya..kami trpksa dgr k.min berleter kerna itulah yg terbaik buat kami smua..teringat masa k.min masakkan makanan tuk ktorg masa gerak kerja mahabbah, rasa bertuah sgt bila ada org masakkan tuk kami,hehe..k.min tabah layan karenah ktorg wlpn ktorg ni ske men game dota..hehe:)


Surat Kepada Kak Mija : seorg yg supportive kpd diri ini, k.mija dikenali dengan urusan surat menyurat,..trlalu byk knangan bab surat-surat ni kak..hehe..mklumla nk jd s.u kena fokus surat2 nie..kdng2 kena ulang tgk smula surat yang dibuat, takut2 ada ksilapan kcil dr segi ejaan & lain2..jg seorg yg menawan kan..x gituwh..hehe..teringt plak bf k.mija yg sama nama plak ngn kt nie, masa tu digosipkan plak..haha..jgn slalu sgt mncari bf, bnda tu dtg sndri..pilihlah mana yg trbaik ek kak..


Surat Kepada Kak Ami & Kak Mas: keduanya da mcm adik bradik, ssah nk dipisahkan..apa dia? budak hitam la katakan..hehe..mrk ini sgt periang, sentiasa senyum bila berjumpa wlpn diri ini sukar nk balas senyumannya..hehe..sntiasa gak on sms ngn kak ami nie..da mcm akak sndri..mekacih ek kak ami dgn buku i.i yg akak bg sblm nie..alhmdlilah dpt jgk a-, xdpt nk lwn ngn akak..hehe2..nnti klu nk cari anak ayam, ajak adik skali ek..kih3..n akk berdua ni pndai wat dadih..mcm2 dadih yg dibuatnya..smua perisa ada..coklat, jagung, vanilla, n mcm2 lg..dadih ni leceh sket,..takut basi..klu bg adk jaga, almaklum basi la jwbnya..hehehe..


Surat Kepada Kak Aimi : seorg akk yg tembam..hehe..mekacih ek kak coz da ajar adik macam2 terutama dalam protokol, dr sinilah brmulanya kisah protokol dlm idup adik..dprd 'O' hinggalah skang ini adik tau serba byk dlm protokol..cth sperti nama2 org atsn,nk kena ingt itu ini, nk wat teks skrip mc, wat salutasi, tagging, n serba banyak mmbantu perjln prgram dan juga melatih mc2 yang baru..merdunya suara datin..hak3..mklumla mc unversiti, income msti ada kan^^


Surat Kepada Kak Nini : kak kecik tp lantang bersuara..hehehe..akak ni kuat bersuara lebih2 lg bila nk mndebatkn ssuatu isu..ada je benda yg nak dcakapkan..ckp sepatah, jawab lima patah..hehe..k.kecik ni fokus wat keje, bnda yg kt nak, itu dye cuba dptkan..hehe..dugaan la tu kak..saja wat k.nini tensen..hehehe..ehem..dr dlu lg kak JPA ni simpan duit, bila nk blanjanya..hehehe


Surat Kepada Kak Ain : banyak sgt pengalaman ngn akak ain, jg slh seorg senior yg rapat ngn diri ini..k.ain ni seorg yg penyabar, tenang bila ada mslh, jg byk pngalaman trutama dlm bdg pro, jg perhbngn..hehe..kmngkinan adk byk wat silap spanjang kt bkerjasama, mngkn itu keje adk, tp akk cuba cover mana yg silap dan msih lg bertangguh, n akk x slhkan ssiapa klu bnda tu x mnjd..makacih jgk sbb byk ajar pasal flow prgram dr awal hingga akhir..ada pape ke ngn " SMT " ??..hehehe...


Surat Kepada Kak Husni : wlpn nampk seorg yg pendiam, tp ada je yg dye nak cakapkan..hehe..akk ni jgak ramai pminatnya..huhu..adk pun leyh jd pminat dye jgak..mklumla kecik2 comel orgnya..she is a phsychology gurl...kak blaja ngn sapa ilmu psiko2 nie..ngn adik sori la, adk pun ngah blaja jgak;)..n thanxx coz byk bg advice kat adk utk adk atasi bberapa klemahan yg ada, ehem bkn mudah tuk jd pemimpin..seolah kritikan yg kita terima sdkit sbanyak mmbuatkan kt berfikir..


Surat Kepada Abg Fitri : abg ada bakat jadi org yg berpengaruh, dr segi prckpn abg sdkit sbnyk membantu abg dlm khidupan brmsyrkt, dan sntiasa mudah didampingi oleh sesiapapun..moga abg akn dpt capai apa yg telah dimatlamatkn dlm idup abg dan sntiasa mmbrikan yg terbaik spanjang mmimpin mahupun dipimpin..cewah, bg komen lak kat sini..anyway jaga ela baik2;)..kih3..

Sekalung penghargaan juga diberikan kepada yang tidak menerima surat ini yang bertungkus lumus dalam menggerakkan program-program kolej serta menyumbang bakti sebagai ahli JKM. Disinilah lahirnya graduan yang fleksibel, bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi dapat belajar ilmu kepimpinan serta banyak pengalaman yang ditimba melalui program-program yang dianjurkan.

Ini sesuatu kenangan yang sukar dilupakan!!


Terima Kasih Semua^_^


Teruskan membaca...^_^

Thursday, April 1, 2010

Majlis Profesor Negara & HICoE

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia, pada 1 April 2010, penulis telah berkunjung ke Majlis Profesor Negara (MPN) & HICoE. Penulis dan rakan-rakan lain telah dijemput oleh pihak Universiti untuk sama-sama hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.

PICC yang tersergam indah

Tepat jam 12.00 tengah hari, peserta yang terlibat bertolak dari Kolej Kediaman Siswa Jaya (KSJ) ke PICC, Putrajaya. Hampir 30 mahasiswa UTMKL yang terlibat dalam majlis tersebut termasuk Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan juga presiden-presiden persatuan. Jam 1.30 petang, kami tiba di perkarangan dan berlalu masuk ke dalam PICC. Kami menunaikan kewajipan sebagai muslim di surau yang disediakan.

Penulis bergambar bersama Hariz Zakwan, Naib Presiden UTM

Penulis duduk bersama Darren Lai, Presiden PEMKA

Keadaan siling yang menyinari sekeliling dewan

Hampir jam 2 petang, kami memasuki dewan dimana majlis tersebut diadakan. Keadaan dewan terkawal dengan ramai ilmuwan-ilmuwan hadir untuk meraikan hari mereka dan juga memberi sokongan kepada rakan-rakan. "Goodies bag" juga telah diletakkan di setiap tempat duduk yang disediakan.

"Goodies Bag" Meneraju Kegemilangan Ilmu

Jam 3 petang, majlis bermula dengan ketibaan yang berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia diiringi Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Lagu Negaraku dinyanyikan seterusnya bacaan doa dilafazkan. Menteri Pengajian tinggi memberikan kata-kata laluan sebelum memberi laluan kepada Perdana Menteri untuk berucap seterusnya merasmikan MPN & HICoE.

Barisan MT dan Exco JKM yang turut hadir memeriahkan majlis

Selesai sahaja majlis, kami berlalu meninggalkan majlis. Sesi jamuan diadakan di bilik yang lain dan kami terus melangkah kaki ke bilik tersebut untuk menjamah makanan yang disediakan.

Sphagetti

Makanan enak disediakan

Penulis bergambar bersama Azizi, Timb. Pres PEMKA

Penulis bersama Hidayu, MPM UTMKL (Exco Akademik)

Penulis bersama Maisarah (mok)

Maisarah & Amnah

Semasa menjamah selera, penulis sempat bergambar bersama rakan-rakan untuk dijadikan kenangan pada majlis ini. Kami berlalu pergi dari bilik tersebut menuju ke luar PICC untuk bergerak pulang ke kolej tercinta.^_^


Teruskan membaca...^_^

Sunday, March 28, 2010

PABM 2010

Assalammualaikum dan salam 1 malaysia, Penulis ingin berkongsi pengalaman ketika kunjungan ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri yang diadakan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 5 MAC yang lepas.


Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri merupakan suatu kejayaan bagi memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu ke arena antarabangsa. PABM 2010 ialah program keempat yang sebelum ini dianjurkan bagi merebut Piala Timbalan Perdana Menteri yang dinaikkan taraf kepada Piala Perdana Menteri mulai tahun ini. Setakat ini terdapat 130 IPT di 45 negara seluruh dunia menawarkan program pengajian bahasa Melayu.


PABM 2010 ini juga bersiaran secara langsung di rtm1. Justeru, ramai rakyat Malaysia yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya di televisyen. Pertandingan ini telah menampilkan LAPAN peserta akhir, membabitkan tiga peserta kategori nusantara dan lima peserta kategori antarabangsa.

LAPAN peserta yang bertanding pada peringkat akhir PABM bagi merebut Piala Perdana Menteri

Sekali lagi ucapan penghargaan buat UTMKL kerana menjemput penulis untuk bersama-sama menyaksikan secara langsung pertandingan ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Jam 6 petang, penulis bersama rakan-rakan yang lain bertolak menaiki bas UTM ke Putrajaya.

Keadaan sekeliling Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Penulis bersama Azmi, Presiden JURUTEK

Setibanya di sana, kami dibenarkan untuk mengambil makanan di dalam sebelum menanti pertandingan bermula. Makanan yang diberi merupakan nasi putih dan lauk kari ayam beserta sayur. Selesai sahaja menjamah selera, kami menunaikan tanggungjawab sebagai umat islam di surau.

Penulis dan rakan-rakan menjamu selera

Hampir jam 8 malam, kami dibenarkan masuk ke dewan plenary untuk mengisi kekosongan kerusi yang ada. Alhamdulillah pada masa tersebut banyak kekosongan tempat duduk yang ada dan penulis mengambil kesempatan ini untuk duduk di hadapan sekali bersama rakan yang lain. Penonton bukan hanya diperingkat dewasa dan berumur sahaja, malah pelajar-pelajar sekolah rendah & menengah turut terlibat untuk menyaksikan pertandingan berprestij ini. Inilah semangat anak muda yang seharusnya dididik untuk memperkasakan budaya Melayu di persada antarabangsa.

Penonton yang hadir berbagai bangsa dan kaum

Buku cenderahati PABM 2010

Keadaan di dewan mula dipenuhi dengan ribuan rakyat malaysia yang mengisi tempat kosong yang ada. Hampir jam 8.45 malam, ketibaan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak bersama isterinya dan menteri-menteri yang lain telah disambut baik rakyat Malaysia walaupun lewat seperti yang dirancang. Keadaan dewan mula gamat dengan penonton yang bersemangat dan tidak sabar lagi untuk menanti pertandingan ini dimulakan.

Johan pertandingan akan menerima wang tunai USD5,000 (RM17,500) serta hadiah sampingan, naib johan USD3000 (RM10,500) serta hadiah iringan, manakala tempat ketiga akan membawa pulang USD2,000 (RM7,000) dan sijil penyertaan. Sebagai menghargai sumbangan peserta, penganjur menyediakan cenderamata berupa plak, sagu hati bernilai RM1,000 dan sijil penyertaan kepada semua peserta.

Sebelum majlis dimulakan, lagu negaraku dinyanyikan dan juga persembahan pembukaan bertemakan “1 Malaysia”. Trofi PABM diletakkan di tengah-tengah pentas sebagai taruhan pertandingan. Majlis bermula dengan lafaz bacaan doa, seterusnya ucapan daripada Menteri Pengajian Tinggi dan Perdana Menteri Malaysia.

Persembahan tarian "1 Malaysia"

Trofi yang dijadikan taruhan pertandingan

Keadaan dewan mula meriah dengan sokongan rakyat malaysia kepada para peserta sebelum menanti detik pertandingan dimulakan. Pertandingan bermula dan semua peserta menunjukkan kelebihan masing-masing untuk mengupas topik yang diberikan. Penulis merasa geli hati apabila ada diantara peserta tersebut menceritakan kenangannya berada di Malaysia dan tidak selaras dengan topik yang diberikan, walaupun tidak berapa fasih berbahasa melayu, tetapi keberaniannya tidak mematahkan semangat beliau untuk berpidato di negara Malaysia.

Detik persoalan mengenai “siapakah juara” menjadi tanda tanya semua yang menonton secara langsung mahupun di televisyen. Sebelum pemenangnya diumumkan, tarian dipersembahkan sebelum menanti detik yang mendebarkan. Penulis mula mengagak siapakah pemenang PIBM 2010 ini.

Tarian tradisional dipersembahkan sebelum menanti keputusan

Dato’ Sri Mohd Najib menuju ke pentas untuk sesi penyampaian hadiah

Ternyata jawapan penulis tidak meleset dan peserta dari Malaysia, Mohd Syazwan Shuhaimi telah diumumkan sebagai juara kategori nusantara, diikuti peserta dari kemboja, Chai Lany Sles pemenang tempat kedua dan peserta dari Indonesia, Leonora Lydia Gebby Wentuk pemenang tempat ketiga. Bagi kategori antarabangsa pula, pemenang pertama ialah peserta dari China Zhang Song, tempat kedua peserta dari Rusia, Natalya Budanova dan tempat ketiga peserta dari Jerman, Josee Hunnekes.

Mohd Syazwan Shuhaimi (MALAYSIA)

Chai Lany Sles (KEMBOJA)

Leonora Lydia Gebby Wentuk (INDONESIA)

Zhang Song (CHINA)

Natalya Budanova (RUSIA)

Josee Hunnekes (JERMAN)

Pertandingan berakhir dengan penuh gilang-gemilang dengan sorakan daripada rakyat malaysia. Semua peserta pertandingan berpuas hati dengan apa yang telah disampaikan dan memperoleh kenangan yang manis sepanjang berada dalam pidato ini. Rakan-rakan mereka yang berpakaian seragam batik bewarna merah turut memberikan sokongan kepada para peserta.

Wajah keriangan pemenang kategori Nusantara PABM 2010

Pemenang-pemenang mengambil gambar kenangan bersama

Rakan-rakan pemenang berpakaian seragam merah yang turut memberi sokongan

Pemenang-pemenang dengan wang tunai yang dimenangi serta hadiah sampingan

Turut kelihatan kelibat Senator Tan Sri Datuk Jins Shamsuddin, penulis tidak sempat bergambar bersama beliau yang pada ketika itu berada jauh dengan penulis. Penulis hanya sempat bergambar dengan artis cerita Balqis, Eira Syazira yang merupakan kakak kepada pemenang dari Malaysia sebelum pulang ke kolej yang tercinta.

Penulis bersama Eira Syazira


Teruskan membaca...^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...