Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia,
Y.A.B Perdana Menteri sendiri telah memberikan penekanan dalam usaha pengukuhan dan pembudayaan integriti dan ia menjadi antara ciri utama gagasan 1 Malaysia. Antara fokus utama pelaksanaan agenda integriti nasional adalah terhadap golongan pelajar sebagai pewaris kepimpinan negara masa hadapan.
TENTATIF PROGRAM
7.45-8.30 pg : Ketibaan peserta
8.45 pg : Taklimat Kongres oleh Urus Setia
9.00-9.50 pg : Sidang Plenari - Ceramah Khas "Memperkasa Integriti Mahasiswa - Isu &
Cabaran" oleh - Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Bin Ujang (Naib Canselor UTM)
10.00-11.00 pg : Sidang Plenari - Forum "Integriti Pemimpin Mahasiswa: Merealisasi
Harapan 1 Malaysia Berintegriti"
11.15 - 12.10 tgh hr : Bengkel Integriti
12.30 - 1.10 tgh hr : Pembentangan Resolusi Bengkel
1.10 - 2.15 ptg : Makan tengah hari & solat Zohor
2.15 - 4.00 ptg : Majlis Bersama Y.B. Menteri Pengajian Tinggi
MAKLUMAT MENGENAI BENGKEL INTEGRITI
BENGKEL 1 : Strategi Memperkasa Integriti Mahasiswa
BENGKEL 2 : Pembinaan Sahsiah & Budaya Kecemerlangan Dalam Kalangan Mahasiswa
BENGKEL 3 : 1Malaysia Berintegriti :Peranan Mahasiswa
BENGKEL 4 : Integrasi Nasional :Peranan Mahasiswa
Kekreatifan minda dalam mengupas sesuatu perkara amatlah dititikberatkan dalam resolusi yang ingin dibentangkan. Tidak kurang juga ada yang lagaknya seperti pidato semata sebagai inisiatif menarik perhatian urus setia.
Kami juga telah berikrar Integriti Malaysia supaya dapat memantap dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat, agama, bangsa dan negara kami. Majlis bersurai dengan penuh gilang gemilang dan sebelum menjejakkan kaki ke kediaman, kami telah diberi makan petang dan minuman. Hampir jam 6.30 ptg, kami selamat sampai di Kediaman Siswa Jaya. Terima kasih kepada HEP kerana menjemput kami di dalam program sebegini, ia telah memenuhi tuntutan kami sebagai badan pemimpin kolej.
Penulis ingin berkongsi berkenanaan RIM yang dilancarkan. Tujuan penubuhan RIM ialah untuk menjadikan RIM sebagai Integrity Champion dalam kalangan warga kampus. Selain itu, RIM mengalakkan penyertaan mahasiswa dalam program-program pemantapan integriti dan menjadi penggerak pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) dalam peringkat kampus secara terancang.
Harapan RIM ditubuhkan adalah dapat memberi impak besar terhadap gerakan pengukuhan integriti dalam kalangan warga mahasiswa. Usaha-usaha bersepadu dan terancang dapat mencapai aspirasi kerajaan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moralnya, baik budi pekertinya dan kuat pegangan agamanya seperti yang termaktub didalam cabaran keempat Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan dalam tempoh masa yang lebih cepat lagi.


"Sememangnya, transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Ringkasnya, tanpa integriti maka segalanya tidak akan bermakna."
Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia
Mudah-mudahan kita dapat memahami akan tanggungjawab yang dijalankan sebagai pimpinan mahasiswa.
"1Malaysia Berintegriti: Mahasiswa Melestari"
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment